KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Friday, November 1, 2013

ANUGERAH HARI KUALITI PEMBANTU TADBIR NEGERI KEDAH 2013



FACEBOOK KEPTAN DKBB

FACEBOOK KEPTAN DKBB IALAH :    Keptan dkbb

TAHNIAH!!!!! PENERIMA ANUGERAH HARI KUALITI PEMBANTU TADBIR NEGERI KEDAH

PUAN SITI HALIJAH BINTI OTHMAN (SK SG KOB)

PUAN MAZENAH BINTI ABAS (SK TAMAN KENARI)

PUAN SITI NOOR BINTI ABDULLAH (SMK TAMAN JELUTONG)

PUAN NOOR MARIANI BINTI WAHAB (SK KULIM)

PUAN PUZIAH BINTI SAAD (SK LUNAS JAYA)

PUAN NORHASLIZA BINTI YEOB AMAT (SK SG ULAR)

PUAN ROHANA BINTI OSMAN (SMK PADANG SERAI)

PUAN MASNAH BINTI SALAMON (SK PERMATANG PASIR)

PUAN FUZIAH BINTI ABU BAKAR ( SK JALAN SELAMA)

PUAN SITI YUSNITA BINTI KAMIS (SJKC CHIO MIN B)

PUAN KHOR MOOI IM (SJKC KELANG LAMA)

ENCIK AZMI BIN ZAKARIA ( SJKT LADANG ANAK KULIM

Kepimpinan KEPTAN DKBB mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah tahun ini. semoga anda terus cemerlang di masa-masa hadapan.

PENGHANTARAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2013

PERHATIAN:
SEKOLAH- SEKOLAH  BERIKUT MASIH  BELUM MENGHANTAR MINIT MESYUARAT JKPA SEKOLAH SUKU TAHUN KETIGA 2013- BIL 4 TAHUN 2013
1.    SK LADANG BUKIT SIDIM
2.    SK RELAU
3.    SK SG SALLEH
4.     SK SUNGAI SELUANG
5.     SK SG TENGAS
6.      SJKC CHEONG CHEN
7.      SJKC POAY CHAI
8.      SJKC SERDANG
9.      SJKT GANESAR
10.    SJKT KULIM
11.    SMK LABU BESAR
12.    SMK LUNAS
13.    SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN
14.   SMK SULTAN BADLISHAH
Pohon kerjasama dari pihak tuan untuk menghantar minit mesyuarat dengan kadar segera  selewat-lewatnya pada 31.10.2013 (Khamis) supaya laporan penuh dapat di hantar ke Jabatan.

Monday, October 21, 2013

PEKELILING BERKAITAN PSH ( PENYELIAAN)

JPA.BK(S)54/3 Jld. 2 (14) No Siri :
KERAJAAN MALAYSIA
___________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2011
______________________________________________
DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN
PEKERJA SAMBILAN HARIAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur
pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja
Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat.
DEFINISI
2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini:
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat Persekutuan, wilayah,
negeri, daerah atau luar negara, atau mana-mana pegawai yang
diwakilkan kuasa oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut;
dan

SILA RUJUK LAMPIRAN C DI DALAM PEKELILING INI:

LAMPIRAN C
SYARAT PERKHIDMATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN
1. Tempat Bertugas
Tuan/ Puan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/ jabatan yang
ditetapkan.
2. Tempoh Perkhidmatan
Perkhidmatan tuan/ puan adalah untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan
mulai tarikh yang ditetapkan.
3. Latihan
Sekiranya perlu, tuan/ puan boleh diberi latihan sebelum melaksanakan tugas
yang ditetapkan.
4. Penyeliaan Tugas
Pelaksanaan tugas tuan/ puan akan diselia dan diawasi oleh seorang atau lebih
Pegawai Penyelia yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
5. Kadar Upah
Tuan/ Puan akan dibayar upah seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran
pengambilan PSH.
6. Elaun
Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam
Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan
peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
7. Waktu Bekerja
Tuan/ Puan dikehendaki melaksanakan tugas selama sembilan (9) jam sehari
termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh
Ketua Jabatan.
8. Tanggungjawab Pekerja
Tuan/ Puan hendaklah dalam tempoh perkhidmatan:
(a)

MAKLUMAT BERKAITAN PSH



Lampiran A


PENGHURAIAN SKOP FUNGSI TUGAS DI BAWAH PROGRAM
1 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
1 SEKOLAH BAGI NEGERI KEDAH


1.            RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi bertujuan mengurangkan beban tugas pentadbiran.  Skop tugas tertumpu kepada hal-hal berkaitan pentadbiran/pengurusan sekolah dan hal ehwal murid.


2.            BIDANG TUGAS

2.1         Pentadbiran/Pengurusan

2.1.1             Pengurusan Fail Meja (FM) Dan Manual Prosedur Kerja (MPK).
2.1.2             Pengurusan Fail Sekolah Dan Rekod Am.
2.1.3             Pengurusan Pekeliling, Peraturan, Surat Arahan Dan Makluman Di Sekolah.
2.1.4             Pengurusan Surat-Menyurat.
2.1.5             Pengurusan Kehadiran Lewat.
2.1.6             Penyediaan dan penyelarasan borang-borang berkaitan pentadbiran sekolah termasuk edaran, pengumpulan semula dan simpanan.
2.1.7             Membantu pengurusan program/projek/pertandingan di peringkat sekolah – contoh Program Pencegahan Dadah, Program 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) , Sukan dan lain-lain:
(i)                Menyediakan surat jemputan dan edaran kepada pihak berkaitan;

(ii)           Membuat sebaran maklumat mengenai program/projek/pertandingan;

(iii)          Mendapatkan keperluan logistic bagi program/projek/pertandingan; dan

(iv)          Mendapatkan maklumat/data berkaitan sebelum, semasa dan selepas program/projek/pertandingan.

2.1.8.        Membantu guru dalam pengurusan jawatankuasa sekolah seperti berikut:

                                    (i)            Menaip surat jemputan mesyuarat/surat berkaitan dengan jawatankuasa sekolah;

                              (ii)           Membuat surat edaran;

                                             (iii)          Membuat hebahan maklumat/aktiviti jawatankuasa sekolah; dan

                              (iv)          Membantu keurusetiaan mesyuarat jawatankuasa.


                        2.1.9         Membantu guru dalam pengurusan bilik-bilik khas seperti bilik kaunseling, bilik gerakan sekolah dan lain-lain seperti berikut:

(i)                Mempamerkan maklumat berkaitan bilik khas seperti carta organisasi bilik;

(ii)              Mengemas kini maklumat di bilik khas;

(iii)             Menyelaras jadual penggunaan bilik khas; dan

(iv)             Memastikan bilik khas berkenaan berkeadaan ceria, bersih dan teratur

2.1.10       Pengurusan Penyelenggaraan Bahan/Peralatan/Bangunan.





2.2         Hal Ehwal Murid

2.2.1         Membantu guru dalam pengurusan hal ehwal murid seperti berikut:

(i)            Membuat semakan, pengemaskinian dan penyelarasan maklumat murid dalam Buku Pendaftaran Murid; dan

(ii)           Mengisi maklumat asas dan butir peribadi dalam kad kemajuan murid, kad kesihatan dan kad laporan kaunseling.

2.2.2         Membantu guru dalam pengurusan bantuan/biasiswa/dermasiswa contohnya bantuan tuisyen, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid sekolah seperti berikut:

                  (i)            Mendapatkan dan mengisi borang berkaitan bantuan/biasiswa/ dermasiswa atau;

                  (ii)           Memberikan/mengedarkan borang berkaitan bantuan/biasiswa/ dermasiswa kepada murid/penjaga berkenaan;

                  (iii)          Mendapatkan perakuan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah bagi senarai murid yang layak menerima bantuan/biasiswa/dermasiswa yang sudah dikenal pasti;

2.2.3         Menguruskan/menyelaras perkara-perkara berikut:

                  (i)            Penempatan murid;

                  (ii)           Permohonan Pertukaran Pelajar dan Berhenti Sekolah termasuk pemyediaan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Pelajar;

                  (iii)          Rawatan Hospital/Perubatan Pelajar;

                  (iv)          Permohonan lawatan sekolah; dan

                  (v)           Sijil-sijil Peperiksaan.

2.2.4         Menyediakan borang-borang berkaitan Hal Ehwal Murid (HEM).

2.2.5.        Menaip surat buang sekolah/potongan nama/salah laku dan disiplin pelajar.

2.2.6.        Menyelaras bancian murid ponteng sekolah setiap bulan.


2.3         Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
























RI/-

Wednesday, October 2, 2013

KESELAMATAN DOKUMEN TUNTUTAN PERJALANAN

PEMBANTU TADBIR/AHLI KEPTAN DINASIHATKAN MENGAMBIL BERAT DOKUMEN TNT KAKITANGAN.

DOKUMEN YANG TIDAK DIGUNAKAN (TERUTAMA MUKA HADAPAN) HARUS DILUPUSKAN/DICERAIKAN SETIAP HELAIAN UNTUK KESELAMATAN.

ADALAH DINASIHATKAN AGAR TUNTUTAN PERJALANAN DIBUAT AKAUN YANG BERASINGAN DENGAN AKAUN GAJI.

SEKIAN DIMAKLUMKAN


KEPTAN DKBB

AWAS DENGAN PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN,AKAUNTAN NEGARA

SEMUA PEMBANTU TADBIR / AHLI KEPTAN ADALAH DIINGATKAN SENTIASA BERWASPADA DENGAN PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN, AKAUNTAN NEGARA .

JANGAN MEMBERI MAKLUMAT BERKAITAN PERIBADI KAKITANGAN TERUTAMA MELIBATKAN URUSAN BANK (GAJI DAN SEBAGAINYA)

SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PEGAWAI JPN KEDAH ATAU AKAUNTAN NEGARA SEKIRANYA ADA MENERIMA EMAIL YANG MENCURIGAKAN.

SENTIASA BERHATI HATI


KEPTAN DKBB

Sunday, September 8, 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME.BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK)

Ruj. Kami: JPK.S(NP)03-04/049 Jld.1 0(95)
Tarikh : 2 September 2013
Semua Ketua Sektor,
Semua Ketua Unit,
Semua Pegawai Eksekutif,
Semua Ketua Pembantu Tadbir,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah DarulAman
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Kedah Darul Aman.
Tuan/Puan,

TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN BAGI
URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME.BASED BERASASKAN
KECEMERLANGAN (TBBK)
Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Taklimat Pelaksanaan Penilaian
Tahap Kecemerlangan bagi Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan
Kecemerlangan (I-BBK) pada 25 September 2013 di Zon Utara dan 26 September
2013 di Zon Selatan sepertijadualdi Lampiran 'A'.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai Ketua Jabatan diwajibkan hadir
bersama Ketua Pembantu Tadbir (P/O) atau Pembantu Tadbir (P/O) yang terlibat
secara langsung bagi urusan tersebut.


TARIKH : 26 . 09. 2013 ( KHAMIS )
LOKASI : DEWAN SMK SUNGAI LAYAR SUNGAI PETANI
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG ( MINUM PAGI DISEDIAKAN)

SURAT RASMI PPDKBB AKAN EDARKAN SEDIKIT MASA NANTI



Saturday, June 1, 2013

KURSUS/BENGKEL PENGURUSAN STREES ANJURAN PPDKBB

SALAM SEJAHTERA

KURSUS PENGURUSAN STRESS AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

TARIKH: 4.6.2013
HARI: SELASA
TEMPAT: DEWAN WAJA SMK KELADI
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG

SEMUA PEMBANTU TADBIR/AHLI KEPTAN DIJEMPUT HADIR

MAKAN / MINUM DISEDIAKAN. TUNTUTAN PERJALANAN BOLEH DIBUAT MENGIKUT PEKELILING SEMASA ( 1 TEMPAT DUDUK TEKSI)

SEKIAN. TERIMA KASIH

** SURAT AKAN MENYUSUL DI DALAM PETI SEKOLAH MASING-MASING DI PPDKBB

Wednesday, May 22, 2013

KAD AHLI KEPTAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

AHLI KEPTAN YANG BERMINAT UNTUK MEMILIKI KAD AHLI DIMINTA MENGAMBIL TINDAKAN SEPERTI BERIKUT:

HARGA KAD: RM 10.00

DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI:

1 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT TERKINI
1 SALINAN KAD PENGENALAN HADAPAN SAHAJA


SILA SERAHKAN DOKUMEN DI ATAS KEPADA:

ENCIK ABU BAKAR (SK SG SELUANG)
PUAN ZAKIAH ( SM CHIO MIN)
TN HJ HALIM (SMK LUBUK BUNTAR)

SEBELUM ATAU PADA 30 JUN 2013

SEKIAN.

Tuesday, April 9, 2013

MESYUARAT AGONG KEPTAN DKBB KALI KE 13


MESYUARAT AGONG KEPTAN KE 13

TARIKH : 11 APRIL 2013 (KHAMIS)

MASA : 8.00 PAGI - 2 PETANG

TEMPAT : BILIK SEMINAR PPDKBB


SEMUA AHLI KEPTAN DIWAJIBKAN HADIR. SURAT TELAH DIHANTAR MELALUI EMAIL SEKOLAH.

SENARAI CALON PERWAKILAN KE MESYUARAT KEPTAN PUSAT :

SILA PILIH EMPAT (4) SAHAJA DARIPADA ENAM (6) CALON:

1: ZAKIAH BINTI HJ DIN (SM CHIO MIN)

2: NOOR HAFIZAH BINTI NASIB (SMK KULIM)

3: NOORASHIKIN BINTI AHMAD (SMK KELADI)

4: MOHD AZRUL HISYAM BIN ZAINOL ABIDDIN (SMK SERDANG BARU)

5: ABU BAKAR BIN AHMAD (SK SG SELUANG)

6: ABDULLAH BIN AHMAD (SMK SG KOB)

Sunday, March 10, 2013

PELAPORAN BUTIRAN BANTUAN PERSEKOLAHAN LAIN (BPL) DALAM SISTEM PENYATA AKAUN TAHUNAN SEKOLAH SECARA BERKOMPUTER (PATSKOM)

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

Untuk makluman semua, satu surat edaran telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan butiran Bantuan Persekolahan Lain (BPL) yang melibatkan penambahbaikan dalam menyediakan laporan tahunan ke dalam sistem Penyata Akaun Tahunan Sekolah Secara Berkomputer (PATSKOM).

Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat-turun surat edaran berkenaan : -


Sehubungan dengan itu, diharap semua pihak sekolah dapat mengambil maklum tentang surat berkenaan dan sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam urusan penyediaan laporan tahunan PATSKOM sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Monday, January 21, 2013

BAKI PERUNTUKAN GERAN PER KAPITA (PCG) DAN BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA) TAHUN 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

Adalah dimaklumkan bahawa satu surat edaran telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan baki peruntukan geran per kapita (PCG) dan bantuan makanan asrama (BMA) untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah.

Untuk memuat-turun surat edaran berkenaan sila klik pada pautan dibawah : -


Sebarang persoalan berkenaan perkara di atas pihak sekolah boleh menghubungi pihak Audit Sekolah Kedah / Perlis atau hubungi pihak Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK).

Sekian, terima kasih...

Monday, January 14, 2013

MAKLUMAN BERHUBUNG SKIM PERLINDUNGAN INSURAN TAKAFUL MURID KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

untuk makluman semua sekolah di negeri Kedah, satu surat siaran berkenaan insurans takaful murid bagi tahun 2013 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu pihak sekolah adalah pengurusan skim perlindungan insurans takaful murid di sekolah.

Sila klik pada pautuan di bawah bagi memuat-turun surat siaran berkenaan


Sehubungan itu, adalah dimaklumkan agar semua pihak sekolah dapat memahami surat siaran berkenaan agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam urusan skim insurans takaful murid berkenaan.

Sekian, terima kasih...

Wednesday, January 2, 2013

SURAT EDARAN BESERTA SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 (SPK 8 / 2012)

SURAT EDARAN BESERTA SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 (SPK 8 / 2012)

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGERI KEDAH

Dimaklumkan bahawa satu Surat Edaran dan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu pekeliling berkenaan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid.

Untuk makluman, garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi sembilan (9) jenis bantuan persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon pihak sekolah agar memuat-turun surat pekeliling berkenaan bagi membantu pihak sekolah dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah pada tahun 2013 ini.

Untuk memuat-turun surat edaran dan surat pekeliling berkenaan sila klik pada pautan dibawah : -


Dan


Pihak Unit Akaun JPNK memohon agar pihak sekolah dapat mengambil perhatian berkenaan perkara di atas dan sebarang pertanyaan berkenaan perkara diatas boleh menghubungi pihak Unit Akaun JPNK dan pihak Audit Sekolah Negeri Kedah & Audit Sekolah Perlis.

Sekian, terima kasih...

PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SEKOLAH TAHUN 2013

PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SEKOLAH TAHUN 2013

PERINGATAN KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan dalam tatacara pengurusan akaun dan kewangan kumpulan wang sekolah sehingga kini. Sebarang perubahan tatacara hanya boleh dirujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja.

Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan tatacara pengurusan akaun dan kewangan sekolah sentiasa mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa bagi mengelak daripada pihak sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran.

Adalah diingatkan juga, sebarang perolehan atau perbelanjaan yang memerlukan kelulusan Ketua PTJ perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Sebarang permohonan selepas perolehan / perbelanjaan dibuat ianya tidak akan dilayan oleh Pihak Unit Akaun JPNK.

Sebarang kemusykilan boleh dirujuk ke Unit Akaun JPNK dan Pejabat Audit Sekolah Negeri Kedah / Perlis (Bagi Daerah Kubang Pasu & Langkawi).