KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Wednesday, January 25, 2012

Jangan buang masa hidup dalam kehidupan orang lain!

Jangan buang masa hidup dalam kehidupan orang lain!
Kehidupan anda adalah sangat terhad, jadi tidak, membazir hidup sebagai seseorang yang lain. Stay hungry and stay foolish. Dream, discover dan masanya dah tiba untuk mengejar keghairahan anda.

Bila anda bangun pagi Ahad/Isnin, dan anda berasa malas untuk pergi ke tempat kerja. Kemudian kita masing-masing sudah tahu, bahawa hakikatnya kita tidak suka kepada apa yang anda lakukan. Jika anda terus melakukannya sehingga umur 55 tahun, anda sebenarnya hidup sebagai seseorang yang lain.

Jika anda bangun pagi Ahad/Isnin dan anda merasa stress tentang kesesakan lalulintas, saya tahu anda membenci jem. Sebenarnya anda hidup sebagai seseorang yang lain. Oleh itu, anda perlu mencari cara-cara untuk mengelakkannya.

Jika anda bangun pagi, anda tergesa-gesa untuk pergi ke masjid dan cepat kembali rumah untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan terus cabut ke pejabat anda. Tetapi anda tidak sukakannya. Sebenarnya anda tahu anda hidup sebagai seseorang yang lain. Anda terfikir dan rasa mesti ada sesuatu yang lain yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki kehidupan ini.

Adakah anda terfikir anda boleh merubahnya? Ya, anda pasti boleh.

Adakah anda berfikir anda boleh berbuat apa-apa supaya anda dapat memperbaiki kehidupan anda dan kehidupan keluarga anda? Ya, anda pasti boleh.

Adakah anda berfikir anda boleh membina laluan anda sendiri untuk mendapatkan limpah kurnia dari Allah? Ya, anda pasti boleh.

Dan sepekara lagi,

Untuk melihat bagaimana kita boleh membantu mengubah apa yang anda tidak suka dan lakukan apa yang anda suka SEKARANG!

Saturday, January 7, 2012

Ibu Bapa Mesti Baca

11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa mereka:

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.

3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.

4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.

5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.

6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.

8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.

9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.

10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.

11. Aku adalah ladang pahala bagimu.

Tuesday, January 3, 2012

Mahu Mengubah Dunia

“Semasa aku muda, aku mahu mengubah seluruh dunia.”

Tapi aku sedar, sangat sukar mahu mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku sahaja.

Ketika aku sedari bahawa aku tidak mampu mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah bandar ku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku.

Kini aku semakin tua, aku pun tak mampu mengubah keluargaku.

Aku sedari bahawa satu-satunya yang mampu aku ubah adalah DIRIKU SENDIRI.

Tiba-tiba aku tersedar bahawa bila aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan bandarku.

Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun mungkin mampu mengubah seluruh dunia ini.”

Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenali diri sendiri.

Tidak akan kenal pada diri sendiri sebelum mampu MENERIMA DIRI SENDIRI SEADANYA.

Sunday, January 1, 2012

Resolusi Untuk Karier Cemerlang

Tahun 2011 sudah berganti tahun 2012, di awal tahun ini adalah masa kita memulakan perancangan karier agar lebih baik lagi di tahun hadapan. Kita boleh mengamalkan saranan yang diberi oleh Shelly Gorman, Pengarah pengurusan Karier dari UNC Kenan-Flagler Business School, tentang beberapa resolusi proaktif yang boleh dilakukan untuk meningkatkan karier kita.

1. Semak kembali pengurusan karier kita.

Untuk memastikan kita berada pada jalur karier yang tepat untuk kita, maka tidak salah untuk menyemak kembali diri kita dengan pertanyaan seperti, “Dalam pekerjaan ini apakah saya boleh sepenuhnya memanfaatkan kepakaran saya?”, “Apa visi lima tahun saya kedepan, dan apakah karier saya yang sekarang boleh mereliasasikan visi saya ini?”, “Apakah saya akan menikmati apa yang saya lakukan sekarang ini?”

2. Miliki pola fikir proaktif.

Kadang-kadang ramai yang terperangkap untuk selalu menunjukkan nilai dan kemampuan mereka, tapi sayangnya mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan kerana mereka tidak berfikir proaktif dan malu bertanya. Dalam pengurusan karier, menjadi rendah hati dan proaktif memang sangat diperlukan.


3. Kenali “brand” kita dan “jual diri” kita.
Seringkali, ramai yang tidak mampu “menjual diri” mereka dengan baik ketika mencari pekerjaan baru atau bersaing untuk mendapatkan posisi baru di pejabat mereka ketika ini. Kenali berbagai perkara yang menjadi kekuatan kita dalam bekerja. Setelah kita menemui kekuatan diri, kita akan lebih mudah mengkomunikasikan keterampilan, potensi, dengan pekerjaan yang akan kita lakukan.

4. Memotivasi diri.
Untuk mendapatkan posisi dan karier yang lebih baik lagi maka kita tidak boleh berhenti untuk tetap belajar dan memotivasi diri. Sertailah sebuah kelas keterampilan atau kembali ke bangku sekolah untuk mengembangkan keterampilan dan memajukan karier kita tanpa mengganggu pekerjaan kita.

5. Membangunkan Networking.
Tidak dinafikan bahawa adanya jaringan atau networking boleh mempengaruhi kepada peningkatan karier kita. Terutama jika pekerjaan kita berhubungan dengan orang lain dan memerlukan adanya hubungan dengan orang lain. Namun Gorman mengatakan, bahawa sebenarnya networking ini hanyalah sebagai alat peyokong untuk melakukan pekerjaan kita, bukan sepenuhnya dapat membantu kita mendapatkan pekerjaan.

6. Terus belajar.
Jangan malu untuk tetap terus belajar dari orang lain yang lebih sukses untuk membantu membangun kemajuan karier kita. Namun, jangan hanya belajar daripada seorang sahaja, ada baiknya untuk belajar dari beberapa orang sukses sekaligus. Kerana dengan berkonsultasi pada beberapa orang sekaligus, kita dapat memperkaya wawasan dan pengetahuan dari berbagai sudut pandangan.

7. Jangan terlalu banyak membuat andaian.
Jangan biarkan andaian negatif kita tentang industri atau posisi pekerjaan tertentu menghambat kemajuan karier kita. Jika kebetulan kita ditawarkan untuk mengisi posisi jabatan baru, maka jangan terlalu berandaian negatif. Sebaiknya lakukan beberapa penelitian sederhana tentang pekerjaan tersebut dan posisinya agar kita boleh melakukannya dengan baik. Jangan mudah menyerah dan pesimis sebelum kita mencuba kerana terpengaruh berbagai andaian negatif.

8. Buatlah perancangan pengelolaan karier.
Buatlah perancangan pengurusan karier kita lengkap dengan milestone, KPI dan metrik perancangan kerja. Perkara ini bertujuan untuk membantu visi kerja kita tetap berada di laluan yang tepat. Selain bekerja, buatlah perancangan untuk menghadiri berbagai pertemuan untuk menjalin hubungan dengan orang lain sekaligus boleh membantu kita untuk berfikir proaktif.

9. Jadilah sahabat yang baik untuk diri sendiri.
Kita selalunya mendapatkan teman rapat untuk mendapatkan nasihat. Jika kita begitu yakin dengan nasihat sahabat kita, mengapa tidak cuba melakukannya terhadap diri sendiri? Percayalah bahawa kita boleh memotivasi diri kita jauh lebih baik kerana kitalah yang paling tahu apa yang tepat untuk kita dan perkara yang paling baik yang boleh kita lakukan.