KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Wednesday, January 2, 2013

PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SEKOLAH TAHUN 2013

PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SEKOLAH TAHUN 2013

PERINGATAN KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan dalam tatacara pengurusan akaun dan kewangan kumpulan wang sekolah sehingga kini. Sebarang perubahan tatacara hanya boleh dirujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja.

Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan tatacara pengurusan akaun dan kewangan sekolah sentiasa mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa bagi mengelak daripada pihak sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran.

Adalah diingatkan juga, sebarang perolehan atau perbelanjaan yang memerlukan kelulusan Ketua PTJ perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Sebarang permohonan selepas perolehan / perbelanjaan dibuat ianya tidak akan dilayan oleh Pihak Unit Akaun JPNK.

Sebarang kemusykilan boleh dirujuk ke Unit Akaun JPNK dan Pejabat Audit Sekolah Negeri Kedah / Perlis (Bagi Daerah Kubang Pasu & Langkawi).

No comments:

Post a Comment