KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Tuesday, June 22, 2010

Cara Mengawal Emosi

Cara mengawal emosi diri . Amat penting mengawal emosi supaya kita tidak cepat melenting yang akan menyebabkan kesan yang lebih buruk dlm jangka masa panjang.

1. Mengubah posisi
*dalam keadaan berdiri (ketika kita emosi), maka kita harus duduk…
*dalam keadaan duduk (ketika kita emosi), maka kita harus berbaring..

2. Kembalikan Semuanya Kepada Allah
Kita sering lupa pada Allah kalau kita emosi kan.. makanya, kita harus ingat pada-Nya gan.. coz Dia juga yang dapat mengatur kehidupan kita di dunia.

3. Minum Air Putih
Sangat menakjubkan . Boleh baca buku yang judulnya ialah THE TRUE POWER OF WATER

4. Koyak kertas
Jika emosi itu datang dari seseorang atau lebih, maka cubalah tulis namanya di kertas atau buku .. Conteng atau koyakkan kertas itu bagaikan kertas itu adalah apa yang kita jadikan objek emosi.. tapi jangan terlebih nanti org kata korang psycho pulak.

Tuesday, June 15, 2010

Kepintaran IQ Meningkat Melalui Sukan dan Senaman

Lebih kurang empat puluh tahun lalu, pakar neurologi percaya dan yakin bahawa otak tidak dapat berkembang lagi setelah seorang itu mencapai usia dewasa, bahkan, semakin menyusut tahun demi tahun.

Mereka percaya bahawa kesimpulan ini adalah benar dan selamat setelah melihat keadaan otak semasa bedah siasat dijalankan; yang mana otak kelihatan seperti sentiasa rosak daripada meningkat dari segi kepelbagaian strukturnya dan bahkan ada yang menguncup pada tahap-tahap yang tertentu.

Ini seperti sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila kanak-kanak mendengar datuk atau nenek atau ibubapa mereka sendiri berkata "Saya mungkin sudah tua" mereka akan mengambilnya bulat-bulat – dan bahkan ia mungkin jadi seperti satu ramalan yang merealisasikan dirinya sendiri, sekiranya anda atau mereka amat mempercayainya, yang bahawasanya usia tua adalah sekata dengan menjadi nyanyuk. Tubuh anda akan menuruti dan cuba menjadikan kepercayaan diri tadi satu realiti. Sekiranya anda percaya sebaliknya, maka perkara sebaliknyalah yang bakal terjadi. Tetapi ini bukan perkara utama yang hendak disampaikan dalam rencana ini.

Tulisan ini adalah bertujuan membuktikan bagaimana bersenam dan bersukan boleh meningkatkan tahap kepintaran dan IQ anda. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa neurosaintis, mereka telah menemui bahawa aktiviti-aktiviti yang melibatkan tubuh badan akan meningkatkan kemungkinan otak untuk mencapai keupayaan mental yang lebih tinggi. Ini adalah penemuan mereka dan bagaimana ianya terjadi:

Kajian yang dilakukan oleh saintis bernama Astrid Bjornebekk dari Institut Karolinska dari Sweden pada 2006 telah mendapati bahawa terdapat hubungan langsung di antara bersenam dan peningkatan tahap IQ. Walaupun ianya bukan hubungan terus kesan dari tindakan seperti "sekiranya anda membuat sebanyak X kali tekan tubi tahap kebijaksanaan atau kecerdikan anda akan meningkat sebanyak X mata", ianya adalah satu hubungan berbentuk statistik, iaitu sesiapa yang selalu melakukan senaman dan sehingga satu tahap ia akan meningkatkan tahap IQ mereka.

Ia adalah satu kesan dari pertumbuhan yang terangsang dalam bahagian hipokampus di dalam otak sebagaimana penemuan kajian yang dilakukan oleh Dr. Josef Bischofberger dari Universiti Freiburg, Jerman. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang terangsang oleh senaman-senaman yang dilakukan oleh tubuh badan. Apa yang lebih menarik lagi ialah sel-sel otak yang baru terbentuk akan lebih cepat belajar, lebih cepat dari sel-sel otak lama.

Boleh disimpulkan, semasa bersenam dan bersukan:

- otak dan tubuh anda mendapat lebih oksigen, yang mana akan meningkatkan lagi prestasi otak anda

- faktor-faktor pertumbuhan tertentu akan terangsang yang kemudiannya membuatkan sel-sel baru untuk mempelajari 'perkara baru'.

- kebanyakan aktiviti sukan cenderung untuk meningkatkan kepantasan reaksi anda secara umumnya (contohnya sekiranya seorang kanak-kanak secara tiba-tiba melintas di hadapan kereta anda, anda akan lebih pantas membrek), dan kepantasan ini juga sedikit sebanyak berkaitan dengan tahap IQ anda, yang mana lebih pantas anda bertindak balas lebih bijak dan pintar diri anda.

Setelah membaca rencana ini, bersediakah anda untuk mempertingkatkan diri anda dengan bersenam dan bersukan?

KITA TIDAK SIBUK , TETAPI MENYIBUK ..

Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun.

Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan.

Dalam pada itu, saya biasa berjumpa dengan orang yang terpaksa menangani begitu banyak kerja, tetapi tidak pernah merungut. Segala kerja yang diberi diterimanya dengan selamba tanpa kerutan di dahi. Apabila tiba deadline, kerjanya siap sempurna dan menyenangkan hati.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara orang yang suka komplen dengan orang yang tidak pernah merungut. Orang yang suka komplen biasanya bukannya sibuk, tetapi menyibuk. Masanya kononnya tiada, tetapi dia sempat pula melayari internet, bersms, maupun bersembang dengan mereka di kiri dan kanannya dan juga ditingkat yang lain dengan cara berchatting.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah merungut bila bila kerjanya banyak sebenarnya betul-betul menyibukkan dirinya dengan menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Dia tidak membuang masa dengan menepati masa. Kerana itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu tidak panjang dan terbuang.

Apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang tidak pernah pun berjaya ialah cara mereka menangani masa. Orang-orang yang tidak berjaya selalunya membazir masa. Sebaliknya orang yang berjaya selalunya menggunakan masa dengan sepenuhnya.

Justeru itu, tiada sesiapapun yang boleh komplen yang dia tidak mempunyai masa. Allah SWT mencipta dan mengurus masa, memberikan semua insan 24 jam sehari. Tiada seorang insanpun diberi lebih masa seperti 25, 26 atau 27 jam sehari agar dia dapat menjadi produktif lebih daripada orang lain.

KERANA ITU, ANDAINYA DIA MASIH KOMPLEN, ERTINYA DIA SENDIRI YANG MEMENDEKKAN MASANYA KERANA BUKANKAH KOMPLEN ITU MEMBAZIR WAKTU?

Wednesday, June 2, 2010

KELAB JOM MOTOR


Matlamat utama penubuhan kelab ini ialah untuk membantu ahli agar mampu memiliki motosikal dengan hanya melakukan 2 perkara;
1. Menjadi ahli kelab ini dan
2. Mengenalkan rakan-rakan yang berminat untuk sama-sama menjadi ahli kelab.

Adalah diharapkan dengan kaedah ini, lebih ramai orang mampu memiliki motosikal tanpa perlu membayar kos belian yang semakin tinggi sekarang ini.

Selain itu, kelab ini akan menjalankan aktiviti terbahagi kepada 3, Aktiviti Bermotosikal, Panduan Penyelenggaraan Motosikal dan Kursus-kursus yang berkaitan.

Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa sahaja.Bayaran keahlian adalah RM100.00 sahaja tanpa ada apa-apa yuran bulanan.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi dari En. Ahmad Azam (SK Kulim Bandar) 019-4751317.