JPA.BK(S)54/3 Jld. 2 (14) No Siri :
KERAJAAN MALAYSIA
___________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2011
______________________________________________
DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN
PEKERJA SAMBILAN HARIAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur
pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja
Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat.
DEFINISI
2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini:
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat Persekutuan, wilayah,
negeri, daerah atau luar negara, atau mana-mana pegawai yang
diwakilkan kuasa oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut;
dan
SILA RUJUK LAMPIRAN C DI DALAM PEKELILING INI:
LAMPIRAN C
SYARAT PERKHIDMATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN
1. Tempat Bertugas
Tuan/ Puan hendaklah berkhidmat dengan kementerian/ jabatan yang
ditetapkan.
2. Tempoh Perkhidmatan
Perkhidmatan tuan/ puan adalah untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan
mulai tarikh yang ditetapkan.
3. Latihan
Sekiranya perlu, tuan/ puan boleh diberi latihan sebelum melaksanakan tugas
yang ditetapkan.
4. Penyeliaan Tugas
Pelaksanaan tugas tuan/ puan akan diselia dan diawasi oleh seorang atau lebih
Pegawai Penyelia yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan.
5. Kadar Upah
Tuan/ Puan akan dibayar upah seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran
pengambilan PSH.
6. Elaun
Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam
Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan
peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
7. Waktu Bekerja
Tuan/ Puan dikehendaki melaksanakan tugas selama sembilan (9) jam sehari
termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh
Ketua Jabatan.
8. Tanggungjawab Pekerja
Tuan/ Puan hendaklah dalam tempoh perkhidmatan:
(a)
KESATUAN PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR RENDAH (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA
KEPTAN MAJU JAYA
Monday, October 21, 2013
MAKLUMAT BERKAITAN PSH
Lampiran A
PENGHURAIAN
SKOP FUNGSI TUGAS DI BAWAH PROGRAM
1
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
1
SEKOLAH BAGI NEGERI KEDAH
1.
RINGKASAN
TUGAS
Bertanggungjawab
melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan
yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi bertujuan mengurangkan beban
tugas pentadbiran. Skop tugas tertumpu
kepada hal-hal berkaitan pentadbiran/pengurusan sekolah dan hal ehwal murid.
2.
BIDANG
TUGAS
2.1
Pentadbiran/Pengurusan
2.1.1
Pengurusan Fail Meja (FM) Dan Manual Prosedur
Kerja (MPK).
2.1.2
Pengurusan Fail Sekolah Dan Rekod Am.
2.1.3
Pengurusan Pekeliling, Peraturan, Surat
Arahan Dan Makluman Di Sekolah.
2.1.4
Pengurusan Surat-Menyurat.
2.1.5
Pengurusan Kehadiran Lewat.
2.1.6
Penyediaan dan penyelarasan borang-borang
berkaitan pentadbiran sekolah termasuk edaran, pengumpulan semula dan simpanan.
2.1.7
Membantu pengurusan
program/projek/pertandingan di peringkat sekolah – contoh Program Pencegahan
Dadah, Program 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) , Sukan dan
lain-lain:
(i)
Menyediakan surat jemputan dan edaran kepada
pihak berkaitan;
(ii) Membuat sebaran maklumat mengenai
program/projek/pertandingan;
(iii) Mendapatkan keperluan logistic bagi
program/projek/pertandingan; dan
(iv) Mendapatkan maklumat/data berkaitan sebelum, semasa dan
selepas program/projek/pertandingan.
2.1.8. Membantu guru dalam pengurusan
jawatankuasa sekolah seperti berikut:
(i) Menaip surat jemputan
mesyuarat/surat berkaitan dengan jawatankuasa sekolah;
(ii) Membuat surat edaran;
(iii) Membuat hebahan maklumat/aktiviti
jawatankuasa sekolah; dan
(iv) Membantu keurusetiaan mesyuarat
jawatankuasa.
2.1.9 Membantu
guru dalam pengurusan bilik-bilik khas seperti bilik kaunseling, bilik gerakan
sekolah dan lain-lain seperti berikut:
(i)
Mempamerkan maklumat berkaitan bilik khas
seperti carta organisasi bilik;
(ii)
Mengemas kini maklumat di bilik khas;
(iii)
Menyelaras jadual penggunaan bilik khas; dan
(iv)
Memastikan bilik khas berkenaan berkeadaan
ceria, bersih dan teratur
2.1.10 Pengurusan
Penyelenggaraan Bahan/Peralatan/Bangunan.
2.2
Hal
Ehwal Murid
2.2.1 Membantu
guru dalam pengurusan hal ehwal murid seperti berikut:
(i) Membuat semakan, pengemaskinian dan penyelarasan maklumat
murid dalam Buku Pendaftaran Murid; dan
(ii) Mengisi maklumat asas dan butir peribadi dalam kad
kemajuan murid, kad kesihatan dan kad laporan kaunseling.
2.2.2 Membantu guru dalam pengurusan bantuan/biasiswa/dermasiswa
contohnya bantuan tuisyen, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
kepada murid sekolah seperti berikut:
(i) Mendapatkan
dan mengisi borang berkaitan bantuan/biasiswa/ dermasiswa atau;
(ii) Memberikan/mengedarkan
borang berkaitan bantuan/biasiswa/ dermasiswa kepada murid/penjaga berkenaan;
(iii) Mendapatkan
perakuan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah bagi senarai murid yang layak
menerima bantuan/biasiswa/dermasiswa yang sudah dikenal pasti;
2.2.3 Menguruskan/menyelaras
perkara-perkara berikut:
(i) Penempatan murid;
(ii) Permohonan
Pertukaran Pelajar dan Berhenti Sekolah termasuk pemyediaan Sijil Berhenti
Sekolah dan Surat Akuan Pelajar;
(iii) Rawatan Hospital/Perubatan Pelajar;
(iv) Permohonan lawatan sekolah; dan
(v) Sijil-sijil Peperiksaan.
2.2.4 Menyediakan
borang-borang berkaitan Hal Ehwal Murid (HEM).
2.2.5. Menaip surat buang sekolah/potongan
nama/salah laku dan disiplin pelajar.
2.2.6. Menyelaras
bancian murid ponteng sekolah setiap bulan.
2.3
Lain-lain
tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
RI/-
Wednesday, October 2, 2013
KESELAMATAN DOKUMEN TUNTUTAN PERJALANAN
PEMBANTU TADBIR/AHLI KEPTAN DINASIHATKAN MENGAMBIL BERAT DOKUMEN TNT KAKITANGAN.
DOKUMEN YANG TIDAK DIGUNAKAN (TERUTAMA MUKA HADAPAN) HARUS DILUPUSKAN/DICERAIKAN SETIAP HELAIAN UNTUK KESELAMATAN.
ADALAH DINASIHATKAN AGAR TUNTUTAN PERJALANAN DIBUAT AKAUN YANG BERASINGAN DENGAN AKAUN GAJI.
SEKIAN DIMAKLUMKAN
KEPTAN DKBB
DOKUMEN YANG TIDAK DIGUNAKAN (TERUTAMA MUKA HADAPAN) HARUS DILUPUSKAN/DICERAIKAN SETIAP HELAIAN UNTUK KESELAMATAN.
ADALAH DINASIHATKAN AGAR TUNTUTAN PERJALANAN DIBUAT AKAUN YANG BERASINGAN DENGAN AKAUN GAJI.
SEKIAN DIMAKLUMKAN
KEPTAN DKBB
AWAS DENGAN PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN,AKAUNTAN NEGARA
SEMUA PEMBANTU TADBIR / AHLI KEPTAN ADALAH DIINGATKAN SENTIASA BERWASPADA DENGAN PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN, AKAUNTAN NEGARA .
JANGAN MEMBERI MAKLUMAT BERKAITAN PERIBADI KAKITANGAN TERUTAMA MELIBATKAN URUSAN BANK (GAJI DAN SEBAGAINYA)
SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PEGAWAI JPN KEDAH ATAU AKAUNTAN NEGARA SEKIRANYA ADA MENERIMA EMAIL YANG MENCURIGAKAN.
SENTIASA BERHATI HATI
KEPTAN DKBB
JANGAN MEMBERI MAKLUMAT BERKAITAN PERIBADI KAKITANGAN TERUTAMA MELIBATKAN URUSAN BANK (GAJI DAN SEBAGAINYA)
SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PEGAWAI JPN KEDAH ATAU AKAUNTAN NEGARA SEKIRANYA ADA MENERIMA EMAIL YANG MENCURIGAKAN.
SENTIASA BERHATI HATI
KEPTAN DKBB
Subscribe to:
Posts (Atom)