KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Saturday, July 24, 2010

ISRAK DAN MI’RAJ

BERBAGAI CERITA DALAM SATU PERISTIWA

“Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hambanya (Muhammad s.a.w) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.” (maksud ayat 1. Allah s.w.t telah mengisra’kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhamad s.a.w dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, atau pun menaiki kuda, keldai, unta dan sebagainya.

Perjalanan dari Makkah ke Palestina mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang dahulu, perjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.

Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keldai pun unta yang boleh melakukannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara, kereta api laju dan kenderaan lain yang laju.

Oleh kerana itu mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk mendustakan nama baik Nabi Muhammad s.a.w dengan menuduh Nabi Muhammad s.a.w seorang pembohong dan berbagai tuduhan keji lainnya. Mereka yang beriman dapat menerimanya kerana ia merupakan salah satu yanda dari kekuasaan Allah s.w.t yang telah pernah diberikan kepada Rasul-Rasulnya yang lain.

Dalam perjalanannya, Nabi Muhammad s.a.w telah ditunjukkan pelbagai contoh teladan yang berguna untuk umat manusia. Antaranya kepada Nabi Muhammad s.a.w telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya, meski pun ia tak mampu lagi membawanya tapi masih juga menambah beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri.

Ini diumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaan yang menjadi tanggung jawabnya. Sehingga tidak ada satu pun pekerjaan yang dapat ditunaikan dengan baik. Tetapi masih lagi menerima tugas baru. Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikan dengan baik. Akan tetapi oleh sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya popular, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tak dapat menunaikan dengan baik.

Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menggangur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Jadi terjadilah ketidak seimbangan yang akan merugikan dalam masyarakat dan Negara. Kepada Rasulallah s.a.w juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.

Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi contoh teladan kepada ummat manusia.

Hasil dari Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w yang terbesar adalah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t iaitu menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t ini menunjukkan keistimewaan solat.

Tidak ada alasan bagi sesiapa pun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk, tak sanggup duduk boleh secara berbaring, tak boleh dengan berbaring boleh buat dengan isyarat. Tak ada air boleh bertayammum. Apa saja alasan atau masalah, ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apa pun juga dan walau pun dimana kita berada.

Semua yang kita lakukan sebelum dan ketika solat semua itu akan mendidik kita menjadi orang yang bersih, berdisiplin, dan insya Allah akan menyehatkan rohani dan jasmani kita dengan gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat sehari lima waktu. Insya Allah jika kita rajin menunaikan ibadah solat dengan teratur dan rapi akan membentuk keperibadi yang mulia dari segi rohani dan jasmani. Inilah intisari Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w.

Insya Allah kita akan bersua lagi.

Sunday, July 11, 2010

Kepuasan Kerja

Bila menulis sesuatu yang berkait dengan kepuasan kerja pastinya ia terpulang pada objektif individu dalam bekerja. Ada orang puas hati bekerja bila mendapat gaji yang tinggi, ada sebahagiannya pula rasa puas apabila diberikan penghargaan dalam kerja yang dilaksanakan dan pelbagai lagi kepuasan yang diterima.

Pada pandangan peribadi saya, gaji juga perlu sebagai hak kita sebagai pekerja. Tetapi sampai satu masa apabila anda sudah mendapat gaji yang berbaloi tetapi mengapa masih tidak ada kepuasan dalam bekerja? Apa yang anda inginkan lagi? . Pada saya sekarang gaji dan elaun bukan lagi persoalan besar bagi saya. Namun dalam kualiti kerja, saya masih tidak berpuas hati. Mengapa?

Percayalah di samping upah kerja yang menjadi hak anda dalam bekerja, dalam bekerja kita mendambakan pembaharuan dalam kerjaya yang kita ceburi. Pembaharuan gaya kerja akan memberikan semangat dan motivasi kerja yang anda inginkan. Pembaharuan yang saya ingin sebutkan di sini melibatkan anjakan paradigma keseluruhan. Anda mungkin pernah mendengar ‘rebranding’. Pembaharuan adalah rebranding yang akan menaiktaraf segala sudut bidang kerja anda. Inilah yang akan memberikan kepuasan dalam bekerja.

Bayangkan anda bekerja di sesebuah organisasi selama 10 tahun, tetapi potensi anda hanya berkembang 20%. Kecekapan anda, kemahiran, idea-idea baru juga masih di takuk lama pastinya anda tidak akan teruja untuk ke pejabat melakukan tugas-tugas anda. Jadi binalah kerjaya yang mampu memberikan kepuasan kepada anda pada tahap yang maksima. Jangan biarkan potensi diri anda berkembang pada tahap yang rendah!

Bagaimana Menghilangkan Ketakutan Diri

Lakukan satu perkara menakutkan setiap hari

Keyakinan dalam diri akan terganggu apabila adanya rasa ketakutan. Ketakutan adalah berpunca dari pemikiran. Maka untuk menghilangkan ketakutan diri tidak dapat tidak anda perlu melatih minda untuk berdepan dengan ketakutan tersebut.

Eleanor Roosevelt seorang motivator terkenal memberikan inspirasi, “Do one thing every day that scares you.” Sekali difikirkan rasanya agak sukar untuk anda menerimanya. Berdepan ketakutan bukan satu perkara yang mudah. Ianya melibatkan persediaan emosi, mental dan juga fizikal.

Namun kata-kata motivasi Eleanor ada juga benarnya. Kerana berdepan dengan ketakutan setiap hari pastinya akan membina mind-setting yang baru. Anda juga akan bertabah untuk pelbagai cabaran yang anda hadapi. Oleh kerana itulah jangan biarkan diri anda dalam zon selesa, kerana zon selesa perlahan-lahan akan membunuh keyakinan diri dan meletakkan anda ke gawang ketakutan.

Sunday, July 4, 2010

Sekadar Renungan...........

Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

“Mana emak? “
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik? “
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.