KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Monday, December 26, 2011

Keputusan yang salah

Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara

“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja” jawabnya.

“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”

“Apa itu tuan?”
“Pengalaman”

“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”

“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang salah…”

Kesimpulan : Jangan terlalu kecewa jika tersilap langkah, anggaplah itu adalah pengalaman yang mematangkan anda untuk kejayaan cemerlang di masa hadapan.

Thursday, December 22, 2011

Mengasah Kapak

Alkisah ada seorang penebang pokok yang sangat kuat. Dia baru mendapat kerja dari seorang tauke balak.

Majikan memberikan sebuah kapak dan menunjukkan area kerjanya. Hari pertama penebang pokok berjaya menebang 18 batang pokok. Majikan gembira dan berkata, “Bagus, bekerjalah seperti itu!” Oleh kerana termotivasi oleh pujian majikannya, keesokan hari penebang pokok bekerja dengan lebih kuat lagi, tetapi dia hanya berjaya menebang 15 batang pokok.

Hari ketiga dia bekerja dengan lebih kuat lagi, tetapi hanya berjaya menebang 10 batang pokok. Hari-hari berikutnya pokok yang berjaya dirobohkannya makin berkurangan. “Aku mungkin telah kehilangan kekuatanku”, fikir penebang pokok tadi.

Dia menemui majikannya dan meminta maaf, sambil mengatakan dia senditi tidak tahu apa yang terjadi.


“Bila kali terakhir kau mengasah kapak?” majikan bertanya. “Mengasah kapak? Saya tidak ada masa untuk mengasah kapak. Saya sangat sibuk mengapak pokok,” katanya.

Moral:

Kehidupan kita sama seperti itu. Seringkali kita sangat sibuk sehingga tidak mempunyai waktu untuk mengasah kapak. “Di masa sekarang ini, ramai orang lebih sibuk dari sebelumnya, tetapi mereka lebih tidak berbahagia dari sebelumnya.” Mengapa? Mungkinkah kita telah lupa bagaimana caranya untuk tetap tajam?

Tidak salah dengan aktiviti dan kerja keras. Tetapi tidaklah seharusnya kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan perkara-perkara yang sebenarnya sangat penting dalam hidup, seperti kehidupan peribadi, menyediakan masa untuk membaca,masa untuk keluarga dan lain sebagainya. Kita semua memerlukan waktu untuk berehat, untuk berfikir dan merenung dan untuk belajar

Bila kita tidak mempunyai waktu untuk mengasah kapak, kapak kita akan tumpul dan kurang efektif. Jadi mulai dari sekarang, fikirkanlah cara bekerja yang lebih efektif dan menambahkan banyak nilai ke dalamnya.

Monday, December 19, 2011

Mana Lebih Senang, Minta Maaf Atau Memaafkan?

Manusia memiliki kesalahan dalam menjalani kehidupan kerana kita bukannya maksum.Oleh kerana ketidak sempurnaan inilah kita membuat kesalahan dan seharusnya meminta maaf atau dalam keadaan “memaafkan” jika orang lain yang bersalah.

Kita sering di dalam keadaan meminta maaf dan kadang-kadang kita merasa seseorang bersalah kepada kita, maka kita di posisi “memaafkan”. Cuba anda kira berapa sering anda di dalam posisi memaafkan? Dalam sehari, seminggu atau sebulan? Pasti sangat banyak dan itu menandakan ketidaksempurnaan manusia sebagai peribadi yg diciptakan bukan menciptakan.

Sekarang, dunia menjadi lebih bersifat keakuan dan semakin berprinsip “hidupmu adalah masalahmu, hidupku adalah masalahku” sering orang berkata “ini hidupku, suka hati aku la nak buat apa..”, “kubur asing-asing” dan sebagainya.


Orang yang berada di posisi bersalah tetapi sangat sukar untuk “meminta maaf” tapi orang dalam keadaan benar pun susah untuk memberi maaf.

Meminta maaf bererti merendahkan diri kepada orang lain yang ditinggikan, kerana kita memerlukan sesuatu dari dirinya, dan itu jelas sangat sukar dilakukan oleh manusia tentunya kerana bersifat “ego” kerana “ego” itulah manusia sukar untuk turun ke bawah dan meminta sesuatu kepada orang lain, terutama meminta maaf kepada orang lain.

Padahal cara meminta maaf lebih mudah daripada makan, cara meminta maaf hanya dengan 1 perkataan “sorry” atu dengan dua patah perkataan – “Minta Maaf” tapi kita susah mengatakan 1 perkataan itu, dan penyebab utamanya adalah ego yang menjadi sifat utama manusia, dan sangat sukar untuk mengalahkan ego. Sebab itulah ada pepatah yang menyeebut “musuh terbesar dalam hidupmu adalah dirimu sendiri”

Kemudian yang kedua inilah adalah bagaimana jika kita memaafkan orang? Mengapa ini juga sukar? Memaafkan orang lain ,hanya memerlukan sedikit tenaga dan usaha untuk mengatakan 2 huruf iaitu “ok” kerana kadang-kadang jika seseorang meminta maaf pada kita, kita tidak memaafkannya, padahal hanya dengan 2 huruf “ok” atau “ya” tetapi kita sangat sukar melakukannya, kalau difikir-fikir lagi lebih jauh, manusia itu hebat, memiliki macam-macam kemampuan dan memiliki banyak keunikan, tapi untuk berkata 2 huruf sahaja menjadi amat sukar sekali.

Punca utamanya adalah kerana kita sebagai manusia memiliki kedudukan dan ego, kita selalu susah mengangkat darjat orang lain yang membuat salah kepada kita. Kita sering berkata didalam otak “senangnya kau cakap “minta maaf” hei,kamu bersalah..aku tidak akan memaafkan mu begitu saja!!” dan itu kerana manusia yang tidak sempurna ini tidak mahu ada orang yang menyamainya dan selalu terus ingin menjadi yang teratas dan yang terbaik, dan ketika orang meminta maaf pada dirinya itulah kepuasan peribadi, kerana dia merasa di atas dan merasa nikmat di posisi seperti itu.

Itulah penyebab utama sukar untuk berkata 1 atau 2 perkataan tersebut.

Oleh kerana “musuh terbesar dalam hidup adalah dirimu sendiri” itulah penyebab utama dari semua kesalahan didalam diri manusia. Kesimpulannya manusia susah memaafkan dan dimaafkan maka marilah kita selalu bermuhasabah, jaga diri dan peribadi supaya meminimumkan membuat kesalahan kepada orang lain kerana mulut kita berat untuk meminta maaf.

Meminta maaf dan memaafkan kedua-duanya berat. So…? Sendrik mau ingat..

Tuesday, December 13, 2011

Kanak-Kanak Dan Rama-Rama

Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama berhasil dikeluarkannya dari kepompong.


Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap.
Apa sebabnya?

Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuanmu.

Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi masalah kita.

Saturday, December 10, 2011

Kehidupan Ini Ibarat Secawan Kopi

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas.

Tuesday, November 29, 2011

Jangan Dan Tapi

Jangan Menunggu Boleh baru lakukan! Tapi Lakukanlah!!! Anda Pasti Boleh!!!

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka anda semakin bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah.
Tapi bersedekahlah, maka anda semakin kaya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah.
Tapi menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu

Jangan menunggu dimotivasi baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka anda akan termotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…

Jangan menunggu orang memahami anda baru kita memahami dia,
Tapi fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda

Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu projek baru bekerja.
Tapi berkerjalah, maka projek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai

Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang,
Tapi hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang,

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu berjaya baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu

Jangan menunggu boleh baru melakukan,
Tapi lakukanlah! anda pasti boleh!

Jangan gagal mencuba
Tapi biar mencuba tapi gagal

Jangan Berkata “Ya Tuhan! Masalahku sangatlah Besar!”
Tapi katakanlah “Wahai Masalah!! Tuhanku sangatlah Besar!!”

-Apapun masalah, Allah bersama kita,Insya Allah…

Sunday, November 27, 2011

Falsafah 5 jari

Falsafah 5 jari dalam kehidupan sosial manusia :

1. Ada yang gempal, ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3. Ada si panjang, jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik, dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (waktu kecil kalau kita berbaik dengan musuh kita selalunya saling sentuh jari kelingking).

Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota yang lain, melakukan pekerjaan dan sebagainya).

Kita selalu dengar pepatah satu jari telunjuk di tujukan kepada orang lain tetapi 4 jari menunjuk kepada diri kita sendiri.

Jadi, semasa kita menghalakan 1 jari telunjuk kepada orang lain dengan memaki. Maka secara tidak langsung kita 4x lipat ganda memaki diri kita sendiri.

Kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, saling mengisi, bukan untuk saling menuduh, menunjuk, merosak,menfitnah bahkan membunuh.

Kanak-kanak hilang RM1

Alkisah seorang kanak-kanak hilang duit sebanyak RM1. Kemudian dia menangis teresak-esak.

Secara kebetulan pak ciknya lalu di depan kanak-kanak itu dan berkata “Boboi kenapa kamu menangis?”
“Duit saya hilang RM1″ kata kanak-kanak itu sambil terus menangis.

“La..RM1 jer hilang..” “Nah pak cik bagi RM1,dah jangan menangis…”

Kanak-kanak tersebut mengambil duit RM1 itu tetapi menangis lagi.

“Kenapa menangis lagi? Kan Pak Cik dah bagi kamu RM1?”


“Kalau duit saya tak hilang duit saya dah RM2 sekarang”katanya sambil menangis

Pak cik tersebut pening…

“Terpulang la kat anak..” Malas nak layan dan terus meninggalkan kanak-kanak tersebut yang menangis meraung-raung.

Kemudian bapanya pulang dari kerja dan mendapati anaknya masih menangis.

“Kenapa sayang? Menangis ni? mata kamu pun dah bengkak, mesti menangis dari tadi ya?” tanyanya sambil menyapu air mata anaknya.

“Duit saya hilang RM!” kata anaknya mengadu.

“Ooohhh…tapi tu ada duit RM1 tu kat tangan Boboi? Kata tadi hilang?” tanya bapanya hairan kerana dia melihat anaknya memegang duit RM1.

“Ini dari pak cik…. duit saya hilang. Kalau tidak hilang saya ada RM2” jawabnya sambil terus menangis.

“Sudahlah…. nih ayah ganti. Ayah ganti dengan duit yang lebih besar. Ayah kasi kamu RM10 jangan menangis lagi tau!” kata ayahnya sambil menyerahkan duit RM10

Anaknya menerima duit itu. Tetapi tetap menangis juga. Ayahnya hairan, kemudian bertanya lagi.

“Kenapa masih menangis saja? Kan sudah diganti?”

“Kalau tidak hilang, duit saya dah ada RM 12…”

Ayahnya hanya geleng-geleng kepala.

“Kalau gitu dikasi berapa pun, kamu akan terus menangis .” sambil mendukung anaknya.

Moral :

Ini kisah betul? Tidak juga, ini hanya rekaan semata-mata. Dalam kenyataan ramai orang yang memiliki sikap seperti kanak-kanak tadi. Dia hanya melihat apa yang tidak ada, dia hanya melihat apa yang kurang, tanpa melihat sebenarnya dia sudah memiliki banyak perkara. Sifat manusia yang selalu merasa kurang padahal nikmat Allah begitu banyak sudah dia terima.

Mula Bertindak Sekarang Dari Yang Sudah Ada.

Bersyukurlah jika anda merasa tersindir dengan dongeng motivasi diatas. Ini bermaksud anda perlu berubah sekarang.

Tuesday, October 11, 2011

MAJLIS ANUGERAH KUALITI PEMBANTU TADBIR PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 18 Oktober 2011 (Selasa)
Jam : 8.30 pagi
Tempat : SMK Pendang, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu kepada penerima anugerah serta ahli KEPTAN DKBB yang terlibat untuk menghadiri majlis tersebut adalah dinasihatkan untuk berkumpul di Tapak Parkir Kereta Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu pengangkutan disediakan pada tarikh tersebut sebelum jam 6.40 pagi.

Kerjasama dari tuan dan puan amat diperlukan dan sentiasa dihargai.

Sekian, terima kasih.

PENGERUSI DAN AJK KEPTAN DKBB INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA YANG TERPILIH UNTUK MENERIMA ANUGERAH KUALITI PEMBANTU TADBIR TAHUN 2011.

Saturday, September 10, 2011

Saturday, September 3, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KEPTAN DKBB


Ahli Jawatankuasa KEPTAN Daerah Kulim Bandar Baharu
Dengan hormatnya menjemput kepada semua Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu ke

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Tarikh : 8 September 2011 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Keladi

Kehadiran tuan dan puan amatlah dihargai.

Aturcara Majlis :

11.00 pagi

:

Para tetamu mengambil tempat

11.30 pagi

:

Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah

11.45 pagi

:

Bacaan Doa


:

Ucapan Pengerusi KEPTAN DKBB


:

Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah DKBB


:

Jamuan


:

Bersurai


Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri



KEPTAN DKBB ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf Zahir dan Batin
& SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
kepada semua pengunjung BLOG KEPTAN DKBB.



Thursday, August 18, 2011

KEMBARA HADYAI KEPTAN DKBB

Perhatian kepada semua ahli yang telah memberi nama untuk lawatan tersebut. Lawatan tersebut telah dijadualkan pada 30 September 2011.

Kepada ahli yang berminat untuk bersama masih ada ruang untuk turut bersama, masih terdapat kekosongan untuk beberapa tempat sahaja lagi.

Kepada ahli yang telah memberi nama, sila sahkan penyertaan dengan menghubungi :

Encik Mohd Zuke bin Zakaria - SMK Sultan Badlishah
Puan Zakiah binti Din - SMK Chio Min
Encik Ahmad Azam - SK Kulim Bandar

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 3, 2011

MAJLIS HI-TEA BERSAMA PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH



MAJLIS HI-TEA BERSAMA PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH BERSAMA
AJK 'KEPTAN' KEDAH.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi dan AJK KEPTAN Negeri Kedah bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah Darul Aman
pada 28 Julai 2011.

Gambar disekitar majlis.


Tuesday, July 12, 2011

KEMBARA HADYAI

Kepada semua ahli KEPTAN Kulim Bandar Baharu.

Untuk makluman pihak KEPTAN DKBB merancang untuk mengadakan lawatan ke Hadyai.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

Hari Pertama

6.30 pagi - Bertolak denga Bas Persiaran dari Kulim

(Berkumpul di Pejabat Pelajaran Daerah Kulim)

Check-inn Hotel (di Kota Hadyai)

Makan tengah hari (disediakan)

Lawatan ke Songkla

Lawatan ke Muzium Hadyai (Bayaran masuk RM5.00 - bagi yang berminat

bayar dalam bas)

Lawatan ke Floating Market (Makan malam perbelanjaan sendiri)

Bebas membeli belah / night market

Balik ke hotel - selamat malam

Hari Kedua

8.00 pagi - Bebas (dicadang membeli belah di Pasar Basah Hadyai)

Membeli belah di sekitar bandar Hadyai

12.00 tengah hari - Check-out hotel

Bertolak balik

Singgah di Pekan Danok (membeli buah-buahan dll)

9.00 malam - Dijangka tiba di Kulim dengan penuh kenangan dari Kota Hadyai

Bayaran : RM 130.00 seorang

Pakej termasuk:

- Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin

- Penginapan hotel (double sharing)

- Pemandu pelancong


Jika berminat sila emailkan nama serta dari sekolah mana ke alamat email KEPTAN.

Sekian, terima kasih.

Friday, June 24, 2011

5 Cara Berfikir

5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai apa yang kita citakan.

1 . Berfikir Besar.

Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.

2 . Berfikir Progresif.

Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.

Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.

Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.

Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

Tuesday, May 10, 2011

PERJUMPAAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KULIM BANDAR BAHARU DENGAN KETUA PEMBANTU TADBIR/PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR RENDAH (KEPTAN) DKBB

Kepada semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir Rendah sekolah-sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu.

Sila ambil maklum bahawa satu perjumpaan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kulim Hi-Tech Park, Kulim.

Tuan/puan dijemput hadir pada hari perjumpaan tersebut dengan berpakaian rasmi.

Sekian, terima kasih.

* Surat telah dimasukkan ke dalam peti surat di PPD Kulim .

Sunday, May 8, 2011

LIRIK LAGU KEPTAN MAJU JAYA

LAGU KEPTAN MAJU JAYA

JUJUR AMANAH BERILMU MESRA
PEGANGANKERJAYA KITA
BERBUDI BAHASA YANG MULIA
AMALAN SELAMANYA

TAK KIRA SIANG ATAU PUN MALAM
MASA AMATLAH BERHARGA
RAHSIA HARUS DIUTAMAKAN
SEJAHTERA SEMUA

KESATUAN JADI TEMPAT KITA BERGANDING BAHU
ELAKKAN DIRI DARI SENGKETA,MARTABATKAN KERJAYA
KEPTAN KESATUAN KITA,KEBANGGAAN KAMI SEMUA
PERJUANGAN MENINGGIKAN ILMU
BERUSAHA TERUS JAYA

ANTARA KITA DAN JUGA MAJIKAN
BERGANDING BEKERJASAMA
KITA BINA TALIAN YANG MESRA
KEPTAN MAJU JAYA

Sunday, May 1, 2011

Letak beban anda sekejap

Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.


” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Wednesday, April 20, 2011

FAIL MEJA STAF SOKONGAN

TUJUAN

  • DOKUMEN RUJUKAN RASMI
  • RUJUKAN PERINGKAT JABATAN / PEJABAT
  • DOKUMENTASI SECARA SISTEMATIK
  • MENINGKATKAN TAHAP KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN
  • MEMBERI MAKLUMAT SESEBUAH ORGANISASI.
  • MEMAHAMI TUGAS DAN PERANAN MASING-MASING DIDALAM JABATAN/ PEJABAT.
  • SEBAGAI ALAT LATIHAN DAN RUJUKAN BAGI ANGGOTA YANG BARU DILANTIK.
  • MPK & FM MENGARISKAN TATACARA KERJA YANG STANDARD.
Untuk makluman ahli KEPTAN DKBB, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli CD yang mengandungi format fail meja bagi staf sokongan di sekolah bolehlah membuat tempahan melalui email KEPTAN DKBB @ menghubungi En.Ahmad Azam.


Kandungan CD

Harga RM20.00


Sekian, terima kasih
.