KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Wednesday, January 29, 2014

BENGKEL PENYATA AKAUN TAHUNAN SEKOLAH BERKOMPUTER (PATSKOM) TAHUN 2013

Dimaklumkan PPDKBB akan mengadakan Bengkel Penyata Akaun Tahunan Sekolah Berkomputer (PATSKOM) Tahun 2013 untuk membantu sekolah-sekolah mengemaskini Penyata Akaun Tahun 2013 untuk tujuan Pengauditan.

Sehubungan itu, Pembantu Tadbir/ Ketua Pembantu Tadbir yang terlibat menguruskan kewangan sekolah dikehendaki hadir ke bengkel PATSKOM seperti ketetapan berikut :

  KUMPULAN 1  KUMPULAN 2  KUMPULAN 3 
 TARIKH       3 FEB 2014      (ISNIN)        3 FEB 2014 (ISNIN)   4 FEB 2014 (SELASA)
 MASA  8.00 PAGI-5.00 PETANG  8.00 PAGI-5.00 PETANG  8.00 PAGI-5.00 PETANG
 TEMPAT  MAKMAL KOMPUTER 1,        SMK LUNAS MAKMAL KOMPUTER 2,       SMK LUNAS    MAKMAL KOMPUTER,                   SMK LUBOK BUNTAR 

Mohon kerjasama pihak tuan untuk membawa bersama peralatan berikut:
a. Komputer riba (yang mengandungi program PATSKOM)
b. Buku Tunai SUWA, Kerajaan dan Asrama
c. Buku Subsidiari
d. Penyata Kewangan yang telah diaudit 2012
e. Penyata Bank
f. Wayar Penyambung bekalan elektrik
Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday, January 12, 2014

TAKLIMAT PENGISIAN “TEMPLATE” PENGUMPULAN DATA BAKI AWAL ASET DAN LIABILITI PERAKAUNAN AKRUAN

Tarikh : 13 Januari 2014 (Isnin)
Tempat : Dewan Transformasi PPDKBB
Sesi 1
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Peserta : Pembantu Tadbir (menguruskan aset)
(Bawa komputer riba)
Sesi 2
Masa : 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Peserta : Pembantu Tadbir (Kewangan/Menguruskan Kewangan)
(Bawa komputer riba dan penyata kewangan 2012)

Sunday, January 5, 2014

MAKLUMAN DAN CONTOH KEW.8 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI BAGI TAHUN 2013

Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 37 Tahun 2013 bertarikh 29 November 2013 bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2013 yang berkhidmat bagi tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Contoh Kew.8 Imbuhan Tahun 2013 adalah seperti berikut :-

Klik disini untuk maklumat lanjut

MAKLUMAT PENYANDANG PEMANDU KENDERAAN, PEMBANTU AM PEJABAT, PEKERJA AWAM DAN JAGA LANTIKAN TETAP

Adalah dimaklumkan bahawa bagi melicinkan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2013 opsyen pertukaran skim Perkhidmatan daripada Pemandu Kenderaan Gred R3/R6 kepada Pemandu Kenderaan Gred H11, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2013 opsyen pertukaran skim Perkhidmatan daripada Pembantu Am Pejabat Gred N1/N4 kepada Pembantu Operasi Gred N11 dan Pekerja Awam Gred R1/R4 kepada Pembantu Awam Gred H11, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2013 opsyen pertukaran skim Perkhidmatan daripada Jaga Gred R1/R4 kepada Pengawal Keselamatan Gred KP11, kerjasama semua Ketua Jabatan di PPD dan sekolah negeri Kedah adalah dipohon untuk melengkapkan maklumat dengan kadar segera seperti di Lampiran A beserta salinan Sijil PMR/SRP/LCE dan salinan slip gaji bulan Oktober 2013.
Maklumat di atas hendaklah dikembalikan ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan (u.p : Mohd Sobri bin Ibni Hajar) sebelum atau pada 09 Januari 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi 04-740 4192.Sila Klik disini untuk Lampiran A - Maklumat Pemandu Kenderaan (PP 17/2013)
Sila Klik disini untuk Lampiran A - Maklumat Pembantu Am Pejabat (PP 19/2013)
Sila Klik disini untuk Lampiran A - Maklumat Pekerja Awam (PP 19/2013)
Sila Klik disini untuk Lampiran A - Maklumat Jaga (PP 23/2013)