KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Monday, October 21, 2013

MAKLUMAT BERKAITAN PSH



Lampiran A


PENGHURAIAN SKOP FUNGSI TUGAS DI BAWAH PROGRAM
1 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
1 SEKOLAH BAGI NEGERI KEDAH


1.            RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi bertujuan mengurangkan beban tugas pentadbiran.  Skop tugas tertumpu kepada hal-hal berkaitan pentadbiran/pengurusan sekolah dan hal ehwal murid.


2.            BIDANG TUGAS

2.1         Pentadbiran/Pengurusan

2.1.1             Pengurusan Fail Meja (FM) Dan Manual Prosedur Kerja (MPK).
2.1.2             Pengurusan Fail Sekolah Dan Rekod Am.
2.1.3             Pengurusan Pekeliling, Peraturan, Surat Arahan Dan Makluman Di Sekolah.
2.1.4             Pengurusan Surat-Menyurat.
2.1.5             Pengurusan Kehadiran Lewat.
2.1.6             Penyediaan dan penyelarasan borang-borang berkaitan pentadbiran sekolah termasuk edaran, pengumpulan semula dan simpanan.
2.1.7             Membantu pengurusan program/projek/pertandingan di peringkat sekolah – contoh Program Pencegahan Dadah, Program 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) , Sukan dan lain-lain:
(i)                Menyediakan surat jemputan dan edaran kepada pihak berkaitan;

(ii)           Membuat sebaran maklumat mengenai program/projek/pertandingan;

(iii)          Mendapatkan keperluan logistic bagi program/projek/pertandingan; dan

(iv)          Mendapatkan maklumat/data berkaitan sebelum, semasa dan selepas program/projek/pertandingan.

2.1.8.        Membantu guru dalam pengurusan jawatankuasa sekolah seperti berikut:

                                    (i)            Menaip surat jemputan mesyuarat/surat berkaitan dengan jawatankuasa sekolah;

                              (ii)           Membuat surat edaran;

                                             (iii)          Membuat hebahan maklumat/aktiviti jawatankuasa sekolah; dan

                              (iv)          Membantu keurusetiaan mesyuarat jawatankuasa.


                        2.1.9         Membantu guru dalam pengurusan bilik-bilik khas seperti bilik kaunseling, bilik gerakan sekolah dan lain-lain seperti berikut:

(i)                Mempamerkan maklumat berkaitan bilik khas seperti carta organisasi bilik;

(ii)              Mengemas kini maklumat di bilik khas;

(iii)             Menyelaras jadual penggunaan bilik khas; dan

(iv)             Memastikan bilik khas berkenaan berkeadaan ceria, bersih dan teratur

2.1.10       Pengurusan Penyelenggaraan Bahan/Peralatan/Bangunan.





2.2         Hal Ehwal Murid

2.2.1         Membantu guru dalam pengurusan hal ehwal murid seperti berikut:

(i)            Membuat semakan, pengemaskinian dan penyelarasan maklumat murid dalam Buku Pendaftaran Murid; dan

(ii)           Mengisi maklumat asas dan butir peribadi dalam kad kemajuan murid, kad kesihatan dan kad laporan kaunseling.

2.2.2         Membantu guru dalam pengurusan bantuan/biasiswa/dermasiswa contohnya bantuan tuisyen, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid sekolah seperti berikut:

                  (i)            Mendapatkan dan mengisi borang berkaitan bantuan/biasiswa/ dermasiswa atau;

                  (ii)           Memberikan/mengedarkan borang berkaitan bantuan/biasiswa/ dermasiswa kepada murid/penjaga berkenaan;

                  (iii)          Mendapatkan perakuan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah bagi senarai murid yang layak menerima bantuan/biasiswa/dermasiswa yang sudah dikenal pasti;

2.2.3         Menguruskan/menyelaras perkara-perkara berikut:

                  (i)            Penempatan murid;

                  (ii)           Permohonan Pertukaran Pelajar dan Berhenti Sekolah termasuk pemyediaan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Pelajar;

                  (iii)          Rawatan Hospital/Perubatan Pelajar;

                  (iv)          Permohonan lawatan sekolah; dan

                  (v)           Sijil-sijil Peperiksaan.

2.2.4         Menyediakan borang-borang berkaitan Hal Ehwal Murid (HEM).

2.2.5.        Menaip surat buang sekolah/potongan nama/salah laku dan disiplin pelajar.

2.2.6.        Menyelaras bancian murid ponteng sekolah setiap bulan.


2.3         Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
























RI/-

No comments:

Post a Comment