KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Saturday, July 24, 2010

ISRAK DAN MI’RAJ

BERBAGAI CERITA DALAM SATU PERISTIWA

“Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hambanya (Muhammad s.a.w) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.” (maksud ayat 1. Allah s.w.t telah mengisra’kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhamad s.a.w dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, atau pun menaiki kuda, keldai, unta dan sebagainya.

Perjalanan dari Makkah ke Palestina mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang dahulu, perjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.

Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keldai pun unta yang boleh melakukannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara, kereta api laju dan kenderaan lain yang laju.

Oleh kerana itu mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk mendustakan nama baik Nabi Muhammad s.a.w dengan menuduh Nabi Muhammad s.a.w seorang pembohong dan berbagai tuduhan keji lainnya. Mereka yang beriman dapat menerimanya kerana ia merupakan salah satu yanda dari kekuasaan Allah s.w.t yang telah pernah diberikan kepada Rasul-Rasulnya yang lain.

Dalam perjalanannya, Nabi Muhammad s.a.w telah ditunjukkan pelbagai contoh teladan yang berguna untuk umat manusia. Antaranya kepada Nabi Muhammad s.a.w telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya, meski pun ia tak mampu lagi membawanya tapi masih juga menambah beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri.

Ini diumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaan yang menjadi tanggung jawabnya. Sehingga tidak ada satu pun pekerjaan yang dapat ditunaikan dengan baik. Tetapi masih lagi menerima tugas baru. Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikan dengan baik. Akan tetapi oleh sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya popular, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tak dapat menunaikan dengan baik.

Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menggangur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Jadi terjadilah ketidak seimbangan yang akan merugikan dalam masyarakat dan Negara. Kepada Rasulallah s.a.w juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.

Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi contoh teladan kepada ummat manusia.

Hasil dari Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w yang terbesar adalah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t iaitu menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t ini menunjukkan keistimewaan solat.

Tidak ada alasan bagi sesiapa pun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk, tak sanggup duduk boleh secara berbaring, tak boleh dengan berbaring boleh buat dengan isyarat. Tak ada air boleh bertayammum. Apa saja alasan atau masalah, ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apa pun juga dan walau pun dimana kita berada.

Semua yang kita lakukan sebelum dan ketika solat semua itu akan mendidik kita menjadi orang yang bersih, berdisiplin, dan insya Allah akan menyehatkan rohani dan jasmani kita dengan gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat sehari lima waktu. Insya Allah jika kita rajin menunaikan ibadah solat dengan teratur dan rapi akan membentuk keperibadi yang mulia dari segi rohani dan jasmani. Inilah intisari Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w.

Insya Allah kita akan bersua lagi.

No comments:

Post a Comment