KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Wednesday, July 11, 2012

PEMBANTU TADBIR DAN SENARAI TUGAS


PEMBANTU TADBIR
Apakah  tugas seorang Pembantu Tadbir? Satu persoalan yang sering diutarakan oleh mereka-mereka yang kurang memahami deskripsi tugas sebagai seorang Pembantu Tadbir. Seorang Pembantu Tadbir bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas Perkeranian dan Operasi (P/O) di peringkat Kumpulan Sokongan merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Pembantu Tadbir (P/O) dan Pembantu Tadbir (KEW) merupakan aset dan personel terpenting untuk memastikan fungsi dan bidang tugas dapat dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan dengan sempurna. Mereka ini perlu sentiasa berada dalam keadaan peka dan responsif dalam konteks perlaksanaan tugas bagi menggerakkan organisasi dan kepuasan pelanggan.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
Menjalankan tugas-tugas berhubung dengan urusan perkhidmatan (Pengurusan Personel), Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusetiaan, Pengurusan Rekod, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Fail dan Penyedia surat atau dokumen yang diperlukan, 

Namun skop dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Pembantu Tadbir (P/O) dan Pembantu Tadbir (KEW) yang berkhidmat di sekolah adalah terlalu rencam dan pelbagai. Mereka bukan sahaja menjalankan tugasan seharian tetapi juga dikehendaki mewakili pihak pengurusan untuk memberi latihan dan menyampaikan taklimat dalam hal Perkhidmatan, Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan kepada Penjawat-Penjawat Awam yang baru dilantik tanpa mengira gred dan jawatan. 

DESKRIPSI TUGAS KETUA PEMBANTU TADBIR
Menjalankan Penyeliaan tugas dan dokumen Perkhidmatan serta Kewangan selaras dengan fungsi Jabatan berkenaan. Juga memeriksa keceriaan, kebersihan, kad perakam waktu dan juga menjaga kebajikan penjawat awam dibawah seliaannya. Menyelenggara dan menguruskan Panjar Wang Runcit, Gaji dan Emolumen pegawai di Jabatan berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU TADBIR (P/O)
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian berkenaan serta tugas-tugas perkhidmatan dan perjawatan, penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
 
DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU TADBIR (KEW)
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan penyediaan laporan perbelanjaan, menguruskan segala yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.

1 comment:

  1. Terima atas info tntg pembantu tadbir. Byk mmbantu dlm persediaan awal utk temuduga.

    ReplyDelete