KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Tuesday, June 19, 2012

IKLAN URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI NEGERI PULAU PINANG, SELANGOR DAN JOHOR TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI NEGERI PULAU PINANG, SELANGOR DAN JOHOR TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 ke Gred N22 bagi negeri Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Urusan pemangkuan adalah terbuka kepada semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 di bawah Pendidikan yang memenuhi syarat umum dan khusus pemangkuan

Syarat Umum :
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan 
2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT 3 tahun terakhir pada 2009, 2010 dan 2011 
3. Bebas daripada tindakan tatatertib 
4. Telah mengisytiharkan harta 
5. Lulus tapisan keutuhan SPRM 
6. Bebas daripada senarai Pinjaman Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Syarat Khusus :
1. Telah dilantik secara tetap sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di bawah Perkhidmatan Pendidikan sebelum atau pada 31 Disember 2002

Kekosongan jawatan adalah seperti berikut :

Pulau Pinang - 30 Kekosongan
Selangor - 51 Kekosongan
Johor - 36 Kekosongan

Tarikh Tutup Permohonan : 2 Julai 2012


Muat turun surat urusan pemangkuan : Sila klik disini

No comments:

Post a Comment