PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Datuk /Dato’ /Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang lalu.
Program Yuran Pengajian ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma) dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.
Nota : Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2012;
(d) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;
(e) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
(f) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;
(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratus bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
(h) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
(i) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;
(j) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
(k) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;
(l) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
(m) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan
(n) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.
TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai 2012 sehingga Ogos 2012. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran http://www.moe.gov.my/.
SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM
1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Sekian,terima kasih.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Catatan: Kepada yang berminat, adalah dinasihatkan tuan/puan mendapatkan Markah LPNT (2009,2010,2011) dengan mengisi borang di Portal PPD dan hantar ke Unit ICT PPDKBB.
KESATUAN PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR RENDAH (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA
KEPTAN MAJU JAYA

Wednesday, June 20, 2012
Tuesday, June 19, 2012
IKLAN URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI NEGERI PULAU PINANG, SELANGOR DAN JOHOR TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI NEGERI PULAU PINANG, SELANGOR DAN JOHOR TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Kementerian Pelajaran Malaysia akan
mengadakan Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
ke Gred N22 bagi negeri Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Urusan pemangkuan adalah terbuka kepada
semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 di bawah Pendidikan yang
memenuhi syarat umum dan khusus pemangkuan.
Syarat Umum :
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan
2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT 3 tahun terakhir pada 2009, 2010 dan 2011
3. Bebas daripada tindakan tatatertib
4. Telah mengisytiharkan harta
5. Lulus tapisan keutuhan SPRM
6. Bebas daripada senarai Pinjaman Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan
Syarat Khusus :
1. Telah
dilantik secara tetap sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred
N17 di bawah Perkhidmatan Pendidikan sebelum atau pada 31 Disember 2002
Kekosongan jawatan adalah seperti berikut :
Pulau Pinang - 30 Kekosongan
Selangor - 51 Kekosongan
Johor - 36 Kekosongan
Selangor - 51 Kekosongan
Johor - 36 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 2 Julai 2012
Muat turun surat urusan pemangkuan : Sila klik disini
Monday, June 18, 2012
Taklimat ePENDAFTARAN Untuk Pendaftaran Tahun 1 Tahun 2012 Unutk Pembantu Tadbir
Dimaklumkan bahawa satu taklimat akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Pejabat Pelajaran Kulim Bandar Baharu
Kehadiran adalah diwajibkan untuk Pembantu Tadbir Sekolah KECUALI Pembantu Tadbir SMK.
Sekian, terima kasih.
p/s : Sila rujuk surat PPD : PPDKBB:90/005/1(38) bertarikh 14 Jun 2012.
Tarikh : 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Pejabat Pelajaran Kulim Bandar Baharu
Kehadiran adalah diwajibkan untuk Pembantu Tadbir Sekolah KECUALI Pembantu Tadbir SMK.
Sekian, terima kasih.
p/s : Sila rujuk surat PPD : PPDKBB:90/005/1(38) bertarikh 14 Jun 2012.
Tuesday, June 5, 2012
BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH DAERAH KULIM BANDAR BAHARU
BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH DAERAH KULIM BANDAR BAHARU
Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu
Dimaklumkan Unit
Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah akan
mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah di Daerah
Kulim Bandar Baharu pada 11 - 12 Jun 2012 bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu.
Sehubungan itu, dijemput seorang staf sokongan yang menguruskan kewangan dan perakaunan sekolah untuk menghadiri bengkel tersebut.
Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia Ruzana Bt Roslan dan Norhayati Bt Mohd Isa ditalian 04-4957671
Sekian, harap maklum.
AJK KEPTAN KBB 2012-2014
PEGAWAI-PEGAWAI YANG MEMEGANG JAWATAN (2012 –
2014)
KESATUAN PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR
RENDAH (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA (KEPTAN)
CAWANGAN KULIM BANDAR BAHARU
Subscribe to:
Posts (Atom)