KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Monday, February 14, 2011

Kita pula bagaimana?

Sikap irihati, cemburu mahupun dengki memang tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita. Apabila melihat seseorang berjaya, mula lah kita tidak senang duduk. Perasaan cemburu membuak-buak dalam diri kita. Aku belajar bukan main nak rak lagi, dia relax je, tapi kenapa dia dapat keputusan tinggi dari aku? Aku kerja bukan main rajin lagi, dia goyang-goyang kaki je,tapi kenapa dia pula yang naik pangkat? Itulah inilah. Macam-macam yang keluar dari mulut kita kan. Sedar tidak sedar, hidup kita telah diracuni oleh perasaan cemburu itu sendiri. Dalam akhbar, terpampang muka depan, isteri dibunuh oleh suami, isteri terjun bangunan disebabkan suami curang, anak perempuan dilarikan kekasih lama, macam-macam lagilah berita yang terpapar. Semua hanya kerana satu sebab. Cemburu. Bukan itu saja, filem mahupun drama-drama tempatan, semuanya menyelitkan unsur cemburu sebagai plot utama. Watak jahat timbul kerana cemburu kepada watak baik.Tidak kiralah kehidupan seharian ataupun di pejabat. Maka bermula unsur khianat, sabotaj, pergaduhan adik beradik dll. Kalau tiada unsur cemburu memang kelihatan janggal. Sesungguhnya sifat cemburu memang susah untuk dibuang dalam diri kita. Tapi kalau berusaha untuk membuangnya dari sehari ke sehari memang tidak mustahil sifat cemburu boleh hilang kan. Always feel happy to see others people happy. It’s not hard right?

No comments:

Post a Comment