KEPTAN MAJU JAYA

KEPTAN MAJU JAYA

Monday, January 21, 2013

BAKI PERUNTUKAN GERAN PER KAPITA (PCG) DAN BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA) TAHUN 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

Adalah dimaklumkan bahawa satu surat edaran telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan baki peruntukan geran per kapita (PCG) dan bantuan makanan asrama (BMA) untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah.

Untuk memuat-turun surat edaran berkenaan sila klik pada pautan dibawah : -


Sebarang persoalan berkenaan perkara di atas pihak sekolah boleh menghubungi pihak Audit Sekolah Kedah / Perlis atau hubungi pihak Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK).

Sekian, terima kasih...

Monday, January 14, 2013

MAKLUMAN BERHUBUNG SKIM PERLINDUNGAN INSURAN TAKAFUL MURID KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

untuk makluman semua sekolah di negeri Kedah, satu surat siaran berkenaan insurans takaful murid bagi tahun 2013 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu pihak sekolah adalah pengurusan skim perlindungan insurans takaful murid di sekolah.

Sila klik pada pautuan di bawah bagi memuat-turun surat siaran berkenaan


Sehubungan itu, adalah dimaklumkan agar semua pihak sekolah dapat memahami surat siaran berkenaan agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam urusan skim insurans takaful murid berkenaan.

Sekian, terima kasih...

Wednesday, January 2, 2013

SURAT EDARAN BESERTA SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 (SPK 8 / 2012)

SURAT EDARAN BESERTA SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 (SPK 8 / 2012)

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGERI KEDAH

Dimaklumkan bahawa satu Surat Edaran dan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu pekeliling berkenaan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid.

Untuk makluman, garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi sembilan (9) jenis bantuan persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon pihak sekolah agar memuat-turun surat pekeliling berkenaan bagi membantu pihak sekolah dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah pada tahun 2013 ini.

Untuk memuat-turun surat edaran dan surat pekeliling berkenaan sila klik pada pautan dibawah : -


Dan


Pihak Unit Akaun JPNK memohon agar pihak sekolah dapat mengambil perhatian berkenaan perkara di atas dan sebarang pertanyaan berkenaan perkara diatas boleh menghubungi pihak Unit Akaun JPNK dan pihak Audit Sekolah Negeri Kedah & Audit Sekolah Perlis.

Sekian, terima kasih...

PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SEKOLAH TAHUN 2013

PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SEKOLAH TAHUN 2013

PERINGATAN KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan dalam tatacara pengurusan akaun dan kewangan kumpulan wang sekolah sehingga kini. Sebarang perubahan tatacara hanya boleh dirujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja.

Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan tatacara pengurusan akaun dan kewangan sekolah sentiasa mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa bagi mengelak daripada pihak sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran.

Adalah diingatkan juga, sebarang perolehan atau perbelanjaan yang memerlukan kelulusan Ketua PTJ perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Sebarang permohonan selepas perolehan / perbelanjaan dibuat ianya tidak akan dilayan oleh Pihak Unit Akaun JPNK.

Sebarang kemusykilan boleh dirujuk ke Unit Akaun JPNK dan Pejabat Audit Sekolah Negeri Kedah / Perlis (Bagi Daerah Kubang Pasu & Langkawi).